fbpx

Taman haiwan SLWOT kini boleh dikunjungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai kini boleh mengunjungi SLWOT dengan pembukaan semula Zootastic Escape 2.0.

IPOH – Orang ramai kini boleh beriadah bersama keluarga di taman tema Sunway Lost World of Tambun (SLWOT) ini berikutan pembukaan semula Zootastic Escape 2.0 yang terletak di taman tema air tersebut sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun hanya sebahagian daripada Zootastic Escape yang beroperasi iaitu Petting Zoo, Giraffe & Friends, Hippo Kingdom, Bird Paradise dan Tiger Valley manakala taman tema serta kawasan lain masih ditutup.

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kapasiti pengunjung yang dibenarkan pula hanya 50 peratus sahaja.

Menurut beliau, pihaknya juga meletakkan peraturan ketat dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut aturan yang telah ditetapkan seperti memeriksa suhu badan dan memastikan pengunjung sentiasa memakai pelitup muka.

“Selain itu, kita turut menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di tempat-tempat tertentu di sekitar taman tema air ini untuk digunakan pengunjung.

“Kita juga akan memastikan setiap kawasan disanitasi termasuk kerusi dan meja yang digunakan selepas pengunjung meninggalkan kawasan yang dilawati,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tiket masuk berharga RM32 dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke Zootastic Escape 2.0 yang dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Sementara itu, taman tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Bukit Merah, Taiping pula akan memulakan operasi semula pada Jumaat ini dengan menawarkan promosi tiket masuk ke taman tema air pada harga RM17 seorang kepada 100 pengunjung terawal.

Harga tiket serupa juga ditawarkan pada dua hari berikutnya iaitu Sabtu dan Ahad untuk jumlah pengunjung yang sama.

BMLR dalam satu kenyataan memberitahu, pengunjung juga ditawarkan promosi tiket ke taman tema air berharga cuma RM30 untuk dua orang yang boleh ditempah secara online sebelum Ahad ini dan boleh ditebus guna sehingga 31 Oktober nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI