fbpx

Kawasan belukar bekas ladang tebu Chuping terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi memadamkan kebakaran di kawasan lalang dan belukar yang terbakar dalam kejadian di Jalan Kilang Gula, Chuping malam semalam.

KANGAR – Kira-kira 0.8 hektar kawasan lalang dan belukar di Jalan Kilang Gula, Chuping dekat sini terbakar dalam kebakaran kira-kira pukul 8.17 malam semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ruhisha Haris berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Padang Besar tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian bagi memadamkan api.

“Seramai lapan anggota dan dua jentera tiba di lokasi tersebut untuk memadamkan api supaya tidak merebak ke kawasan lain.

“Api berjaya dikawal dalam masa dua jam sebelum operasi ditamatkan pada pukul 10.15 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Kawasan tersebut dahulunya merupakan ladang tebu dan kini hanyalah kawasan lalang dan belukar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI