fbpx

Cicak berkepala dua, berkaki lima ditemui penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mahu membeli cicak ganjil tersebut. - SUARA.COM

JAKARTA – Warga Desa Kauman di Kabupaten Ponogoro, Jawa Timur heboh berikutan penemuan cicak berkepala dua dan berkaki lima baru-baru ini, lapor portal Suara.com.

Cicak tokek yang ditemui penduduk setempat, Agus Priwandoko itu dipelihara lelaki berkenaan dan menjadi tontonan masyarakat kawasan tersebut.

Menurut Agus, dia menemui cicak tersebut pada dinding ketika menikmati bakso di rumahnya, sebelum haiwan itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas plastik.

“Cicak itu sangat jinak dan tidak melarikan diri sewaktu ditangkap,” katanya.

Kedua-dua kepala cicak itu aktif bergerak, dengan kaki kelimanya berada di antara kepalanya.

“Selama saya memeliharanya sejak dua minggu lalu, saya letakkan cicak ganjil ini di dalam bekas plastik serta memberinya makan nasi serta kopi,” katanya.

Agus berkata, dia bercadang untuk menjual cicak tersebut jika ada pihak menawarkan harga yang bertepatan, malah ketika gambar haiwan itu dimuat naik ke media sosial, ramai yang memaklumkan mahu membelinya.

“Ada yang menawarkan harga sampai jutaan rupiah, tapi buat masa ini saya belum mahu menjualnya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI