fbpx

PKPD di Hostel Centennial, Sitiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hostel Centennial yang terletak di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 10 Mac depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan diambil susulan 125 orang didapati positif Covid-19 selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan kira-kira 349 ujian saringan sehingga Ahad lalu.

“KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan selama 14 hari bermula esok,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI