fbpx

Lelaki rempuh pagar dua buah rumah elak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah mangsa.

MELAKA – Gara-gara mengelak seekor anjing, seorang kontraktor cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu merempuh pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun mengalami luka-luka pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, pemandu tersebut yang memandu Nissan Navara dalam perjalanan dari arah Jalan Parameswara menuju ke arah lampu isyarat Semabok.

“Setiba di tempat, tiba-tiba muncul seekor anjing menyebabkan pemandu terkejut dan cuba mengelak haiwan tersebut.

“Bagaimanapun kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan dan merempuh pagar dua buah rumah,” katanya.

Katanya, sehingga kini pemandu tersebut masih belum membuat laporan. Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI