fbpx
Kenderaan yang membawa Noor Hisham tiba di PKD Putrajaya di Presint 11, Putrajaya kira-kira pukul 2 petang tadi.

KP Kesihatan tiba di PKD Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tiba di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11 di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Beliau kemudian dibawa masuk ke dalam klinik kesihatan itu dengan diiringi para petugas kesihatan.

 

Inilah vaksin Covid-19 keluaran Pfizer yang akan disuntik kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Pusat Kesihatan Putrajaya sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini. Foto: Ihsan Jabatan Penerangan

 

Noor Hisham adalah antara enam individu terawal termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19, kira-kira pukul 3 petang ini.

Terdahulu, kenderaan yang menbawa dos vaksin Covid-19 tiba di klinik kesihatan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Lebih 100 pengamal media termasuk wartawan dan jurukamera berkampung di perkarangan Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11, sejak 1 tengah hari bagi merakam detik bersejarah hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN