fbpx

Hentikan stigma terhadap pesakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan stigma negatif terhadap pesakit mental dalam usaha mengembalikan semula golongan itu dalam kehidupan bermasyarakat.

Pegawai Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar Universiti Sains Malaysia, Firdaus Abu Mansor bekata, golongan terbabit ketika ini dilihat sedikit terpinggir selepas menghidapi masalah itu.

“Susulan itu, kami mengambil inisiatif menganjurkan program menghentikan stigma terhadap penyakit mental menerusi Program USM Harmoni 2021 untuk mendidik orang ramai.

“Antara objektif utama program itu ialah bagi memberi kefahaman dan meningkatkan kesedaran berkenaan simptom dan jenis penyakit secara lebih mendalam,” katanya tadi.

Katanya, program dianjurkan secara atas talian itu turut mendapat penyertaan memberangsangkan apabila disertai lebih 400 peserta.

Program itu dikendalikan oleh Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kulim, Dr. Nurul Nadia Ismail.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI