fbpx

Sindiket guna dron seludup manusia, barangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demontrasi penangkapan pati di Pantai Tanjung Sepang sempena Lawatan Panglima Medan Barat Tentera Darat ke Kawasan Operasi KTJ 7 di Pos Tanjung Sepang , Kota Tinggi, Johor hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Sebanyak 20 dron dipercayai milik sindiket penyeludupan migran dan barangan terlarang untuk dibawa masuk ke negara ini dikesan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga tahun ini.

Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, penggunaan teknologi itu digunakan bagi mengesan pergerakan anggota keselamatan yang melakukan rondaan.

“Sebelum ini, modus operandi sindiket melakukan aktiviti penyeludupan pada waktu tengah malam hingga awal pagi, selain turut bergantung kepada pasang surut air laut.

“Namun kini, sindiket penyeludupan juga dikesan telah menggunakan teknologi seperti dron untuk memantau pergerakan pihak berkuasa, khususnya di kawasan perairan negara.

“Jadi, tahap ‘permainan’ sindiket penyeludupan kini lebih licik,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas melakukan lawatan ke Markas Taktikal Tanjung Sepang, Bandar Penawar di sini hari ini bagi meninjau pelaksanaan Op Benteng.

Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini pihaknya masih belum mengambil sebarang tindakan seperti menembak jatuh pesawat dron yang dikesan dengan radar tentera.

“Kita tahu, memang dron itu bukan kita punya, tetapi setakat ini kita belum ambil tindakan menembak dron berkenaan cuma pihak risikan kita sedang meneliti situasi ini,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI