fbpx

Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada 27, 28 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 akan diadakan pada 27 dan 28 Mac ini selepas ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perhimpunan itu akan diadakan secara bersemuka dan juga secara maya.

“Majlis tertinggi UMNO memutuskan tarikh PAU 2020 ialah pada 27 dan 28 Mac 2021 (Sabtu dan Ahad).

“Segala prosedur operasi standard (SOP), PKP, PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) akan dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

UMNO sebelum ini menangguhkan PAU 2020 yang dijadual diadakan pada 30 dan 31 Januari lalu ekoran penguatkuasaan PKP di seluruh negara.

Terdahulu, Ahmad berkata, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Kelahiran UMNO pada 11 Mei 2021.

Menurut beliau, antara aktiviti sayembara (pertandingan) penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI