fbpx
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Gua Musang memeriksa tangki diesel yang digunakan tanpa kebenaran di dua buah premis di Gua Musang hari ini.

Dua premis simpan diesel tanpa kebenaran disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Dua buah premis di Kawasan Industri Gua Musang di sini disita selepas dipercayai menyimpan sebanyak 3,926 liter minyak diesel tanpa kebenaran dianggarkan bernilai RM9,029 hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Gua Musang, Tuan Mohd. Koma Shapii berkata, serbuan dilakukan di dua premis itu  pukul 12.25 tengah hari hingga 1 tengah hari tadi.

Katanya, kedua-dua premis dikesan menyimpan dan memiliki barang kawalan tanpa kebenaran pengawal bekalan.

“Berdasarkan siasatan, dua premis terbabit didapati menjalankan kegiatan itu sejak setahun lalu.

“Bekalan bahan bakar tidak sah itu dipercayai untuk kegunaan sektor perkayuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tuan Mohd. Koma, pemilik kedua-dua premis itu dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -K! ONLINE.