fbpx

Hasrat Vivian untuk sertai Terbuka Switzerland lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIVIAN melahirkan rasa kecewa kerana hasratnya untuk beraksi pada Terbuka Switzerland Mac depan gagal selepas namanya sudah digugurkan oleh BAM.

MALANG terus menimpa pemain badminton profesional negara, Vivian Hoo apabila namanya digugurkan daripada menyertai kejohanan Terbuka Switzerland yang dijadualkan bermula 2 hingga 7 Mac depan.

Pemain berusia 31 tahun itu mengakui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mengeluarkan namanya daripada kejohanan tersebut selepas digugurkan daripada skuad kebangsaan sebelum ini.

Katanya, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka meskipun mengakui sedikit kecewa kerana hasratnya untuk beraksi pada Terbuka Switzerland tidak tercapai.

Vivian yang juga pemenang tiga kali pingat emas Sukan Komanwel itu mengakui, gandingannya, Yap Cheng Wen yang masih berada di BAM turut menjadi punca namanya digugurkan daripada kejohanan tersebut.

“Sebenarnya saya tidak akan pergi ke Switzerland kerana BAM sudah mengeluarkan nama saya daripada kejohanan itu. Ia disebabkan Yap (Cheng Wen) masih berada dalam BAM.

“Sudah pasti ada rasa sedikit kecewa dengan keputusan ini, namun saya terima dengan hati terbuka. Jika dapat penaja sekali pun, tetap tidak boleh pergi kerana Yap masih di sana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, kejohanan Terbuka Switzerland dianggap penting buat semua pemain kerana ia menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung Julai depan.

Sementara itu, pemain kelahiran Kuala Lumpur tersebut mengakui sedang giat mencari penaja selain mendedahkan, dia mungkin beraksi dalam acara beregu campuran bersama Tan Wee Kiong.

“Sekarang saya masih lagi mencari penaja bagi membiayai kos latihan dan kejohanan. Saya juga mungkin akan berganding dengan Wee Kiong selain mencari pasangan baharu untuk acara beregu wanita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI