fbpx

Ebit Lew beri mesin basuh, peti ais kepada mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Ebit Lew membeli peti ais dan mesin basuh untuk diberikan kepada sembilan keluarga yang terjejas dalam insiden rumah terbakar di Kampung Pegawai Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberi bantuan wang tunai dan barangan berupa peti ais dan mesin basuh kepada sembilan keluarga yang terjejas dalam insiden rumah terbakar di Kampung Pegawai Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sedih mendapat tahu sebanyak sembilan buah rumah musnah dalam kejadian tersebut menyebabkan kesemua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

“Tiada tinggal apa-apa. Baju pun habis. Orang susah-susah juga kawasan ini. Berat ujian mereka. Saya beri setiap keluarga sumbangan wang tunai.

“Saya terus belikan sembilan peti ais dan sembilan mesin basuh untuk setiap keluarga. Hadiah buat mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ebit Lew berkata, beliau dimaklumkan sudah 30 tahun kesemua penghuni terbabit menetap di situ walaupun rumah mereka kecil dan hanya memiliki dua bilik tidur serta satu bilik air.

Bagaimanapun, kata beliau, kesemua mereka mengadu berdepan isu berhubung status rumah mereka disebabkan tanah rezab.

“Sekarang mereka menumpang di rumah saudara dan ada rumah kawan-kawan.

“Harap masalah mereka dapat diselesaikan. Saya cuma ziarah dan beri sedikit sumbangan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI