fbpx

TM ONE dilantik rakan digital Bank Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Islam melantik cabang penyelesaian perniagaan perusahaan dan sektor awam Telekom Malaysia Bhd., TM ONE sebagai rakan digital pi­lihan dalam merealisasikan transformasi strategi digitalnya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, TM ONE Ahmad Taufek Omar berkata, pihaknya maklum bahawa transformasi digital, keselamatan dan perlindungan data merupakan keutamaan penting kepada sektor perbankan bagi menyediakan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan mereka.

“Menerusi perjanjian ini, kami boleh menawarkan Bank Islam dengan penyelesaian dan infrastruktur digital yang terkini dan selamat untuk menyokong perjalanan transformasinya.

“Penyelesaian seperti cloud (awan), keselamatan siber dan analitik data raya bakal memacu pengoptimuman proses, membolehkan saluran campuran dan agenda pengewangan data, ke arah pengotimuman kos dan peningkatan produktiviti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Memorandum persefahaman bagi kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd. Shariff dan Naib Presiden Eksekutif dan Ke­tua Pegawai Eksekutif, TM ONE Ahmad Taufek Omar.

Kerjasama itu bertujuan meneroka peranan TM ONE secara lebih lanjut dalam menjadi penyedia penyelesaian digital utama untuk Bank Islam bagi infrastruktur digital, antaranya pusat data dan perkhidmatan Cloud (Alpha), analitik data raya serta penyelesaian keselamatan siber.

Penyelesaian tersebut akan memperkukuh infrastruktur teknologi maklumat Bank Islam dan Pusat Pengalaman Digital (CDX) produk perbankan digitalnya, dengan membenarkan pengalaman pembelian baharu yang melangkaui pendekatan perbankan tradisional.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, kerjasama dengan TM bakal melengkapi usaha bank untuk sentiasa mempertingkatkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan, seterusnya memenuhi ke­perluan dan jangkaan pasaran.

“Usaha ini akan memacu pertumbuhan bank dan industri perbankan Islam secara keseluruhannya.

“Kami amat teruja menjalinkan kerjasama bermakna ini kerana pendigitalan akan menggerakkan infrastruktur teras yang akan menyokong tonggak strategik utama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI