fbpx

Sorok anak tiri dalam but untuk lalu SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan seorang remaja berusia 14 tahun yang menyorok di dalam but kereta dipandu ibu tirinya.

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu wanita tergamak ‘menyorokkan’ anak tirinya di dalam but kereta semata-mata untuk melakukan rentas daerah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dekat Seberang Jaya di sini semalam.

Tindakan itu bagaimanapun berjaya dikesan polis selepas melakukan pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Waja yang dipandu wanita berusia 40-an itu di sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 lebuh raya kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kereta itu dipandu dari arah Butterworth menuju ke Seberang Jaya bersama seorang remaja lelaki di tempat duduk penumpang hadapan.

“Pemandu memberitahu dia hendak pergi ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian sebelum diminta berhenti ke bahu jalan bagi pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shafee berkata, hasil pemeriksaan di dalam but kereta, anggota SJR menemui seorang lelaki berusia 14 tahun yang merupakan anak tiri pemandu sedang menyorok di bahagian itu.

“Justeru polis telah memberikan kompaun ke atas pemandu terbabit kerana gagal mengemukakan permit pergerakan selain nasihat kepada dua lelaki kerana masih di bawah umur.

“Kereta terbabit turut diarah berpatah balik selepas kompaun diberikan,” katanya lagi.

Kejadian itu tular di media sosial hari ini apabila beberapa keping gambar yang memaparkan seorang lelaki sedang berbaring di dalam but sebuah kereta dimuat naik ke laman sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI