fbpx

Pengedar syabu dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK dan syabu yang dirampas polis di sekitar Klang, semalam.

KLANG – Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah di sekitar daerah ini dan Shah Alam terbongkar selepas dicekup polis bersama sejumlah bahan terlarang itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Klang Utama di sini, pukul 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta Perodua Myvi dinaiki suspek menemukan sebanyak 20 peket dadah disyaki syabu bernilai RM12,000.

“Selain itu, kita merampas wang tunai berjumlah RM500 yang dipercayai hasil jualan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atasnya turut didapati positif dadah.

“Kita percaya dadah itu diedar suspek di sekitar daerah Shah Alam dan Klang,” ujarnya.

Tambah Nurulhuda, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya membuka 38 kertas siasatan melibatkan 44 individu atas kesalahan sepanjang tempoh bermula 1 Januari sehingga semalam.

“Sepanjang tempoh itu, pelbagai jenis dadah dirampas iaitu syabu seberat 437.36 gram (g), heroin (22.40g), ganja (4.71g) dan air ketum (1500 milimeter).

“Keseluruhan rampasan itu dianggarkan berjumlah RM44,770,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI