fbpx

Orang Asli Bateq dan tembakau berpisah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan Abu Kasim (depan, dua kanan) menyampaikan bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asli Bateq Kuala Tahan di Jerantut hari ini.

JERANTUT – “Tak ada beras tak apa, boleh cari ubi kayu. Kalau tidak ada tembakau, boleh mati,” demikian reaksi Menderu Cemetong,50, ketika menerima bantuan keperluan makanan di Kampung Aur dekat Kuala Tahan di sini hari ini.

Bantuan berupa makanan sumbangan pelbagai pihak kepada masyarakat Orang Asli Bateq itu disampaikan oleh Pengerusi Bird Group Taman Negara (BGTN) Roslan Abu Kasim.

Menderu berkata, dia dan penduduk di Kampung Orang Asli Bateq itu berasa tertekan apabila telah berhari-hari kehabisan stok tembakau.

“Kami telah berjimat-jimat guna tembakau, stok tembakau yang diterima hari ini amat mengembirakan kami.

“Terima kasih kepada Roslan yang membawa bekalan tembakau yang akan dikongsi bersama kami sebelum stok baharu sampai,”katanya.

Dalam pada itu, Roslan berkata, BGTN yang menjadi pemudah cara menyampaikan barang keperluan sumbangan pelbagai pihak kepada masyarakat Orang Asli Bateq di Taman Negara Kuala Tahan.

Katanya, sebanyak 115 pek makanan sumbangan pelbagai pihak dihantar ke tujuh buah kampung Orang Asli Bateq sejak semalam bagi membantu meringankan beban mereka. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI