fbpx

Komplot jatuhkan Juventus – Pirlo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEGAGALAN Cristiano Ronaldo (kanan) meledak gol dilihat sebagai salah satu faktor kekalahan Juventus kepada Napoli pada aksi Serie A awal pagi semalam.

NAPLES, Itali – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo bengang dengan keputusan pengadil menganugerahkan sepakan penalti yang menjadi punca kekalahan 0-1 pasukannya kepada Napoli pada aksi Serie A di Stadium Allianz awal pagi semalam.

Napoli dihadiahkan sepakan penalti selepas tangan pertahanan tengah Juventus, Giorgio Chiellini didakwa terkena muka Amir Rrahmani ketika situasi perebutan bola dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-31.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh kapten Napoli, Lorenzo Insigne sekali gus kekal sebagai gol tunggal sehingga tamat permainan meskipun Juventus mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut.

“Kami tidak membenarkan Napoli melakukan percubaan tepat tetapi kami kalah disebabkan satu insiden yang sangat meragukan.

“Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain tetapi saya langsung tidak kecewa ­dengan kekalahan ini. Keputusan ini (sepakan penalti) seperti satu niat untuk menjatuhkan Juventus.

“Jika Napoli diberikan sepakan penalti, kami juga perlu mendapat perkara sama kerana mereka banyak melakukan sentuhan ke atas pemain-pemain saya dalam kawasan kotak pe­nalti,” kata Pirlo.

Bukan itu sahaja, Pirlo juga kecewa kerana kegagalan pengadil mengesan kekasaran pemain pertahanan Napoli, Giovanni Di Lorenzo yang sepatutnya boleh dilayangkan kad kuning kedua dan perlu diarahkan keluar padang dalam aksi tersebut.

Kekalahan itu menyaksikan Juventus kekal di tangga ketiga dengan 42 mata, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, AC Milan yang mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada Spezia dalam satu lagi aksi Serie A awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI