fbpx

Gempa bumi kuat gegar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Fukushima mengalami kerosakan akibat gempa bumi semalam. - METRO

TOKYO – Gempa bumi dengan magnitud 7.3 skala Richter melanda Jepun sekitar 11 malam semalam dan menyebabkan kecederan kepada puluhan mangsa selain memutuskan bekalan elektrik, lapor akhbar Metro.

Menurut agensi meteorologi, gempa itu berlaku kira-kira 60 kilometer di luar pantai wilayah Fukushima.

Gempa bumi itu dapat dirasai sejauh Tokyo yang terletak ratusan kilomter dari lokasi bencana tersebut.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Jurucakap kerajaan, Katsunobu Kato berkata kepada pemberita, kira-kira 950,000 kediaman keputusan bekalan elektrik.

Begitupun, tiada laporan luar biasa di loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini dan Kahiwazaki-Kariwa. Keadaan juga normal di fasiliti nuklear Onagawa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI