fbpx

10 lelaki ditahan main judi pakau, mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan kerana bermain judi dan mengambil minuman keras di sebuah bangsal di Jalan Kuala Ketil semalam.

SUNGAI PETANI- Tindakan 10 individu bermain judi pakau dan meneguk minuman keras di sebuah bangsal di Jalan Kuala Ketil di sini mengundang padah apabila mereka ditahan polis semalam.

Kesemua lelaki berusia 34 hingga 65 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Covid/Op Limau kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan maklumat, sepasukan anggotanya menyerbu sebuah bangsal di Kampung Belakang Sekolah Menengah Datuk Bijaya Setia di Jalan Kuala Ketil.

“Seramai lima lelaki didapati leka berjudi manakala lima lagi lelaki duduk berhampiran sambil meneguk minuman keras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan ke atas lima lelaki yang bermain judi itu dibuat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dikompaun di bawah Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Semakan mendapati tiga daripada lima suspek itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 323, 379, 379A, 380 Kanun Keseksaan dan pernah dihukum mengikut Akta Penagihan Dadah (APD) 6(2)(d),” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebanyak 52 keping daun terup dan wang tunai berjumlah RM623.

Tambah Adzli, lima lagi lelaki yang berada di situ sambil mengambil minuman keras dikompaun di bawah kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI