fbpx

Dua lelaki ditahan susulan penemuan mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Polis menahan dua lelaki warganegara asing bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga asing di kawasan kebun di Sungai Dua di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, seorang suspek ditahan berdekatan tempat kejadian manakala seorang lagi ditahan di sebuah stesen minyak.

“Siasatan awal mendapati suspek berumur 24 tahun yang ditahan di sebuah stesen minyak sering berhubung dengan mangsa sebelum kejadian manakala suspek kedua berumur 35 tahun dipercayai ada kaitan dengan kes ini.

“Suspek pertama ditahan reman selama tujuh hari manakala suspek kedua ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Semalam mayat seorang lelaki berumur 38 tahun ditemukan mati dalam keadaan tertiarap di tangga pondok sebuah kebun di Sungai Dua di sini.

Menurut Zaiham kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat yang dijadual pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI