fbpx

568 individu masuk Malaysia semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 568 individu dilaporkan tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak 24 Julai 2020, seramai 120,282 individu telah pulang ke tanah air.

“Kesemua mereka ditempatkan di 73 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Seramai 5,749 individu pula dikuarantin dan secara kumulatifnya, seramai 113,985 orang dibenarkan pulang manakala 548 lagi dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, seramai 680 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, 610 dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106), tidak memakai pelitup muka (86), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (64), keluar rumah tanpa alasan munasabah (36), membawa penumpang berlebihan (25), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23) dan lain-lain (77),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI