fbpx
HAZIQ (tengah) dan Shahrin (kanan) meraikan kejayaan bersama rakan-rakan selepas muncul juara saingan Divisyen 1 Zon 2 sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Dunia Kelab FIFAe 2021.

GBX Esports sedia cabar diri tawan puncak dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN e-Sukan profesional negara, GBX Esports mula memasang impian serta meraih percaya untuk membawa pulang kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFAe 2021 ke bumi Malaysia.

Ia berikutan keputusan badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengadakan kejohanan tersebut secara dalam talian.

FIFA terpaksa mengambil keputusan tersebut selain meĀ­ngubah format perlawanan bagi memastikan ia selari dengan siĀ­tuasi seluruh dunia yang sedang dilanda pandemik Covid-19.

Justeru, GBX Esports berpendapat perubahan format perlawanan yang dilakukan FIFA mampu menjadi azimat buat pasukan yang dibarisi Luqman Haziq dan Ahmad Shahrin mereaĀ­lisaikan hasrat itu.

Meskipun dijangka berdepan saingan sengit daripada pasukan-pasukan seluruh dunia, namun mereka tetap melaungkan keyakinan untuk menampilkan aksi terbaik pada pusingan akhir nanti.

HAZIQ (kiri) dan Shahrin berpeluang merealisasikan impian muncul juara Piala Dunia Kelab FIFAe berdasarkan rekod cemerlang pada kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol pada 2019.

Pengurus pasukan GBX EĀ­sports, Aris Danial percaya pemain-pemainnya sudah berada dalam keadaan bersedia bagi menggalas misi tersebut sekali gus mengibar Jalur Gemilang di persada antarabangsa.

Katanya, aksi meyakinkan ketika bersaing pada Divisyen 1 Zon 2 sebelum ini nyata menjadi pembakar semangat serta sumber motivasi buat Haziq dan Shahrin pada pentas finale nanti.

ā€œSelepas menampilkan aksi terbaik selain menewaskan paĀ­sukan-pasukan handalan pada saingan Divisyen 1 sebelum ini, kami sudah bersedia untuk bergelar juara mutlak kejohanan ini.

ā€œKami tahu bukan mudah kerana perlu berdepan dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia, namun kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal menjelang pusingan akhir,ā€ katanya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Haziq dan Shahrin.

Mungkin cita-cita itu terlalu besar, namun GBX Esports berhak untuk yakin memandangkan mereka adalah juara saingan Divisyen 1 Zon 2 yang turut diwakili satu lagi pasukan dari Malaysia, Wicked Esports.

Selain GBX Esports dan WickedĀ­ Esports mewakili Zon 2, mereka turut diiringi dua pasukan dari Jepun, Kashima Antlers dan Blu United bagi merebut takhta kejuaraan dunia.

KEPUTUSAN FIFA mengubah format kejohanan Piala Dunia Kelab FIFAe dijangka beri kelebihan kepada Haziq dan Shahrin.

Pada masa sama, keputusan FIFA menggunakan permainan video FIFA 21 Edisi e-Sukan juga memberi kelebihan buat Haziq dan Shahrin membentuk pasukan terbaik pada kejohanan tersebut.

Ia disebabkan FIFA 21 Edisi Ā­e-Sukan memberi kebebasan buat setiap pasukan memilih mana-mana pemain yang diingini untuk dimasukkan ke dalam skuad FIFA Ultimate Team mereka.

Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFAe 2021 dianggap penting buat setiap pasukan bertanĀ­ding kerana ia menawarkan mata tambahan bagi merebut tempat ke saingan tertinggi iaitu Piala Dunia FIFAe.

Menerusi gandingan Haziq dan Shahrin, GBX Esports memiliki peluang cerah untuk mereaĀ­lisasikan impian muncul juara berdasarkan rekod cemerlang yang dimiliki juara kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol pada 2019.

Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFAe 2021 dijadualkan berlangsung 25 hingga 28 Februari ini dan boleh diikuti secara langsung menerusi laman Facebook Gamesbond dan Team Bosskurr.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN