fbpx

KPDNHEP rampas kasut tiruan bernilai RM27,375

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan serbuan KPDNHEP Negeri Sembilan memeriksa sebahagian daripada kasut tiruan yang disimpan di sebuah rumah dalam satu serbuan di Taman Tuanku Jaafar, Seremban semalam.

SEREMBAN – Sebanyak 1,825 unit kasut pelbagai jenama dipercayai tiruan bernilai RM27,375 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan dalam sebuah rumah di Taman Tuanku Jaafar di sini semalam.

Menurut Pengarahnya, Ain Arjuna Aziz Zaman, operasi melibatkan sembilan anggota itu dijalankan ke atas premis berkenaan kerana disyaki dijadikan stor simpanan barang tiruan untuk perdagangan.

Katanya, tindakan itu adalah hasil risikan selama satu minggu yang dibuat KPDNHEP Negeri Sembilan dan pihak pengadu bagi cap dagangan berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan pasukan KPDNHEP telah menemui seorang wanita merupakan pemilik perniagaan yang berdaftar berdasarkan rekod pendaftaran perniagaan dan barangan yang dirampas di dalam sebuah bilik yang dijadikan stor simpanan.

“Siasatan awal dijalankan mendapati suspek telah menjalankan perniagaan selama tiga tahun dan barangan tersebut diperolehi dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kasut-kasut itu dipercayai disimpan di premis berkenaan sebelum dijual kepada pelanggan melalui platform perniagaan dalam talian untuk pasaran dalam negara.

“Tindakan kes ini merupakan tindakan kes yang pertama di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi tahun 2021 yang diambil KPDNHEP Negeri Sembilan.

“Operasi ini merupakan rampasan yang melibatkan nilai terbesar setakat ini,” tambahnya.

Jelasnya, kesemua barangan dirampas di sita di bawah Seksyen 102 (1) (C) Akta Cap Dagangan 2019 bagi tujuan siasatan lanjut.

“KPDNHEP Negeri Sembilan akan terus mengambil tindakan yang tegas ke atas peniaga-peniaga yang didapati menjual barangan tiruan dari semasa ke semasa.

“Para pengguna juga dinasihati untuk lebih berhati-hati ketika pembelian di atas talian bagi mengelakkan tertipu membeli barangan tiruan menggunakan jenama terkenal,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI