fbpx

Costa pilihan ganti Raphinha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA dilaporkan sedang diburu oleh Liverpool yang mahu mendapatkannya pada jendela perpindahan musim panas nanti. – AFP

LEEDS – Leeds United dilapor menyasarkan pemain sayap Juventus, Douglas Costa yang akan menjadi pelan sokongan sekiranya gagal menghalang pemain sayap mereka, Raphinha daripada berhijrah musim panas nanti.

Laporan sejak beberapa ming­gu lalu menyebut, Liverpool kini sedang memantau secara dekat kelibat pemain tersebut yang tiba di Elland Road pada Oktober lalu.

Raphinha dibeli dari Rennes dengan nilai £17 juta (RM95.05 juta) berjaya menjaringkan empat gol dan melakukan empat umpanan gol dalam 16 penampilannya setakat ini.

Kehilangannya hanya selepas semusim beraksi mengesakan Leeds, namun pengurus pasukan itu, Marcelo Bielsa dilaporkan sedia melepaskannya dengan nilai yang bersesuaian dan mula mencari calon pengganti.

Bielsa merasakan bahawa Costa adalah calon yang paling sesuai ketika pemain itu sedang berdepan tempoh sukar apabila gagal mendapatkan minit permainan selepas dipinjamkan ke Bayern Munich dari Juventus.

Costa hanya beraksi 11 daripada 20 aksi Bundesliga dan tidak pernah beraksi lebih daripada 68 minit setiap kali diturunkan.

Ketika kontraknya bakal ber­akhir pada musim 2022, Juventus terdesak untuk menjualnya pada musim panas nanti untuk mengelakkan pemain itu berhijrah secara percuma.

Bielsa dilaporkan sangat meminati gaya permainan Costa yang memiliki kepantasan, kemampuan menggelecek dan visi­nya ketika menyerang dan menjaringkan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI