fbpx

Dadah RM1.5 juta dirampas dalam sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang lelaki dalam satu Sekatan Jalan Raya di Kilometer 7 Jalan Lipis-Raub Sabtu lalu.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta seberat 32.69 kilogram selepas menahan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 7 Jalan Lipis-Raub Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 40 tahun yang merupakan penganggur itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Hasil pemeriksaan dalam bonet kereta polis berjaya merampas 21 paket plastik lutsinar yang mana setiap satunya mengandungi plastik berwarna hijau bertulis Guanyinwang dan 10 bungkus plastik keemasan yang juga bertulis Guanyinwang berisi ketulan putih kristal dipercayai dadah jenis syabu.

“Polis turut merampas wang tunai bernilai RM118 dan ketika penahanan turut mendapati suspek positif dadah hasil saringan awal dilakukan ke atasnya,”katanya dalam sidang akhbar di IPK Pahang di sini, hari ini.

Menurut Abd. Jalil, suspek ditahan reman selama semingu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Katanya, hasil daripada siasatan awal mendapati suspek yang bergiat aktif dalam tempoh tiga bulan memperoleh bekalan dadah daripada salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Katanya, kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan Lembah Kelang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI