fbpx

Masalah internet enam kampung dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus menangani masalah capaian internet yang dihadapi di enam buah kampung seluruh negara.

Antara kampung terlibat termasuklah Kampung Rambai, Padang Siding, Arau; Kampung Lubuk Legong, Baling; Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang; Kampung Kuala Sat Mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Kampung Selindang, Padang Tengku, Lipis dan Kampung Mentara Baru, Merapoh.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, pihaknya terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet apabila turun padang dan meninjau sendiri lokasi aduan.

“Susulan laporan media mengenai kisah empat pelajar yang tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana capaian internet lemah, SKMM telah membawa mereka ke Pusat Internet Komuniti (PIK).

“SKMM turut mengarahkan pihak penyedia di kawasan terbabit iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk jalankan pengoptimuman rangkaian dari menara berdekatan bagi tingkatkan kualiti internet,” katanya tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI