fbpx

Usaha sama HLB, syarikat pemula bangunkan projek perintis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah menjalin kerjasama dengan tiga buah syarikat pemula iaitu Food Market Hub, Pay:Watch serta ERTH (e-Waste Recycling Through Heroes) bagi memulakan projek perintis.

Kerjasama itu antara lain bertujuan untuk menangani isu keselamatan makanan, ekonomi gig dan pengurusan sisa elektronik dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ketiga-tiga syarikat pemula tersebut merupakan pemenang edisi ketiga HLB Launchpad 2020 iaitu sebuah platform permentoran syarikat pemula yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Cradle Fund, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia serta Malaysian Business Angel Network.

HLB Launchpad 2020 memfokuskan kepada usaha mengenal pasti syarikat permulaan dengan penyelesaian inovatif yang bersifat digital, boleh menyesuaikan diri dan lestari untuk membantu rakyat Malaysia beradaptasi dan berkembang dalam suasana norma baharu dan tempoh seterusnya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, amat penting bagi syarikat memainkan peranan dalam membentuk ­realiti baharu menerusi kerjasama bagi mencipta kehidupan lebih baik pasca pandemik.

“HLB Launchpad kali ini unik kerana kami secara spesifik mencari syarikat pemula yang tidak hanya tangkas beradaptasi malah melihat ke hadapan dalam berdepan cabaran dalam era pasca pandemik.

“Sebagai sebuah bank yang memiliki DNA keusahawanan, kami mengamalkan budaya ­bereksperimentasi dengan maklumat berterusan melibatkan data, teknologi, pelanggan dan bakat antara pihak bank dengan ekosistem permulaan.

“Menerusi kerjasama ini, kami dapat belajar antara satu sama lain dan melaksanakan inovasi penyelesaian masa depan dalam memenuhi tuntutan ekonomi serta alam sekitar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Domenic menambah, pihak­nya amat teruja bekerjasama dengan Food Market Hub, Pay: Watch dan ERTH untuk membina komuniti yang sihat dan persekitaran lestari yang akan memberi banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI