fbpx

Tiga lelaki naik Perodua Viva rempuh MPV Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video aksi MPV Polis mengejar kereta Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki dalam kejadian di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Cubaan tiga lelaki untuk melepaskan diri daripada ditahan tidak berhasil apabila mereka diberkas dalam satu kejadian di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) Skudai di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, ketiga-tiga suspek yang ditahan berusia 14 hingga 30 tahun dan merupakan orang dikehendaki polis berhubung kejadian jenayah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum tangkapan dibuat, suspek yang menaiki Perodua Viva dikesan dalam keadaan mencurigakan di Taman Skudai Baru.

“Ketika sepasukan anggota kereta peronda (MPV) Polis dalam rondaan mencegah jenayah cuba menahan kereta dinaiki suspek untuk pemeriksaan, suspek bertindak melarikan diri.

“Berlaku aksi MPV Polis mengejar suspek sebelum suspek bertindak agresif melanggar kenderaan polis dalam cubaan melarikan diri,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas tidak lama kemudian di TUTA.

Jelasnya, hasil semakan mendapati salah seorang daripada mereka adalah orang dikehendaki polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Beliau berkata, ujian awal saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Ketiga-tiga suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu mereka turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI