fbpx

[KEMASKINI] Enjin kereta Range Rover terbakar di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta terbakar di KLIA, Sepang dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi. Pix: Ihsan FB Malaysia Airports.

SEPANG – Bahagian enjin sebuah kereta yang diberhentikan di pintu 5-6, Aras 5 MTB Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini terbakar dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, bahagian enjin kereta jenis Range Rover itu terbakar 95 peratus.

Kataya, siasatan mendapati, pemilik tiba di Outer Lane di hadapan Pintu 5-6, Aras 5, KLIA dan memberhentikan kereta untuk menurunkan anak saudaranya yang perlu menaiki pesawat ke Riyadh, Arab Saudi pada pukul 1.40 petang.

“Sebaik menurunkan bagasi, pemilik kereta telah menutup suis enjin namun secara tiba-tiba satu kebakaran kecil berlaku di bahagian enjin kereta dan api dilaporkan semakin marak.

“Anggota Trafik KLIA yang sedang bertugas bertindak  memadamkan kebakaran awal dengan menggunakan alat pemadam api sementara menunggu bantuan bomba,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Imran berkata, Bomba KLIA, Airport Fire Rescue Services (AFRS) dan Balai Bomba KLIA tiba di lokasi lima minit kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran.

Katanya, hasil pemeriksaan AFRS dan Bomba KLIA terhadap kenderaan terbabit mendapati punca kebakaran disebabkan litar pintas yang bermula daripada kotak fius kenderaan.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

“Keadaan lalu lintas dan keluar masuk penumpang  di terminal juga dalam keadaan terkawal,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI