fbpx

Debut single Mandarin Layla Sania, By Your Side

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi program I Can See Your Voice, Layla mencuri tumpuan sewaktu mendendangkan lagu nyanyian asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang yang berjudul You’re The Only One in My Heart.

SELEPAS dikenali menerusi program realiti, I Can See Your Voice, penyanyi baharu, Layla Sania muncul dengan single terbaharu berjudul By Your Side.

Baru berusia 19 tahun, menariknya kata pemilik nama Layla Sania Khairuzikri itu, By Your Side merupakan single pertamanya yang dirakamkan dalam bahasa Mandarin.

Sebelum ini, Layla yang kini bernaung di bawah Warner Music Malaysia telah melancarkan single keduanya yang berjudul Lakaran pada 2020 selepas kejayaan single pertamanya yang berjudul Que Sera Sera.

Sekian lama berharap untuk memiliki sebuah single dalam bahasa Mandarin, Layla cuma mahu menambat hati peminat dengan cara tersendiri.

Menerusi program I Can See Your Voice, Layla mencuri tumpuan sewaktu mendendangkan lagu nyanyian asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang yang berjudul You’re The Only One in My Heart.

“Ini adalah single pertama saya di dalam bahasa Mandarin. Saya amat teruja dan pada masa yang sama saya juga terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat menerusi lagu terbaru saya ini,” kata Layla yang mula menceburi bidang muzik sejak usia sembilan tahun.

By Your Side ditulis oleh Joshua Goh dan Rolan Lim, manakala disusun oleh Danning Z.

Mandarin, semangat

Single tersebut memberi semangat kepada pendengar untuk terus mencapai impian dan tetap mengharungi hidup bersama yang tersayang.

By Your Side diharap dapat membuatkan para pendengar berasa tenang dan dekat di hati apabila mendengarnya.

Bercakap tentang cabaran dalam penghasilan lagu berkenaan, Layla berkata, menjadi cabaran untuknya menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin kerana perlu faham soal penghayatan dan sebutan.

Biarpun bertudung, itu tidak menjadi halangan buat Layla ingin membina nama dalam bidang seni suara. Kemampuan bertutur dalam bahasa Mandarin menjadi ‘X factor’ buat dirinya yang masih hijau dalam industri.

“Untuk menyebut setiap ayat dan perkataan dengan betul ialah perkara yang paling sukar bagi saya. Bercakap dan menyanyi dalam Mandarin ialah dua perkara yang berbeza.

“Saya amat lancar untuk bercakap di dalam bahasa Mandarin, tetapi apabila menyanyi, saya perlu pastikan sebutannya betul.

“Saya banyak menghabiskan masa untuk berlatih dan mengasah sebutan perkataan Mandarin menerusi lagu ini. Saya amat bersyukur kerana ramai orang yang membantu saya dalam menjayakan lagu ini,” katanya.

Untuk video muzik rasmi, pelakon berdarah Cina, Uriah See dipilih menjadi pelakon utama.

“Kali pertama saya berjumpa Uriah, dia seorang yang peramah. Saya amat berbesar hati dengan penglibatan Uriah dalam menjayakan video muzik By Your Side ini,” jelas Layla yang mendapat pendidikan di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur.

By Your Side diterbitkan dan diedarkan Warner Music Malaysia. Lagu berkenaan juga tersedia dalam semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music sejak 22 Januari 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI