fbpx

Paulus tidak puas hati prestasi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAULUS dijangka memperbaiki kelemahan dari segi pertahanan serta variasi permainan supaya beregu campuran negara lebih versatil.

KETUA jurulatih beregu campuran negara, Paulus Firman tanpa berselindung mengakui barisan pemainnya gagal menampilkan aksi sebenar pada Sirkit Asia di Bangkok, Thailand bermula 12 hingga 31 Januari lalu.

Pengendali dari Indonesia itu berkata, terlalu banyak kelemahan yang dikesan sepanjang tiga kejohanan iaitu Yonex Terbuka Thailand, Toyota Terbuka Thailand serta Jelajah Dunia Akhir.

Tambah Paulus, pemain-­pemain seolah-olah tidak mampu­ untuk berdepan tekanan tinggi apabila melangkah masuk ke dalam gelanggang sekali gus melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

“Berdasarkan tiga kejohanan di Bangkok, saya dapat buat rumuskan pemain-pemain gagal keluarkan aksi sebenar sama seperti yang dilakukan ketika latihan.

“Mereka bermain dalam keadaan tertekan sehingga mengundang kesilapan-ke­silapan mudah yang menguntungkan pihak lawan. Saya dapat lihat corak permainan yang kurang konsisten,” katanya.

Justeru, beliau sedia memberikan lebih ‘kerja rumah’ kepada barisan pemainnya sebaik pulang ke tanah air sebagai persediaan bagi menghadapi­ kejohanan-kejohanan akan datang.

“Memandangkan pihak lawan sudah membaca permai­nan kita, saya akan cuba memperbaiki kelemahan dari segi pertahanan serta variasi permainan supaya lebih versatil.

“Saya akan lakukan penstukturan semula pada program latihan berdasarkan penilaian yang dibuat selepas tiga kejohanan ini. Mereka perlu bersiap-sedia sebelum menyertai kejohanan seterusnya,” tambah beliau.

Bagaimanapun, beregu campuran boleh dikatakan antara yang menyerlah selepas Hoo Pang Ron-Cheah Yee See me­langkah ke separuh akhir Toyota­ Terbuka Thailand, manakala Goh Soon Huat-She­von Lai mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI