fbpx

Mara nafi maklumat kes Covid-19 tidak diberi kepada ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Dakwaan yang menyatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tidak memberi maklumat kepada ibu bapa dan kakitangan mengenai jangkitan Covid-19 di MRSM Bentong adalah tidak benar.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan berkata, tidak wujud dakwaan ibu bapa tidak diberi apa-apa maklumat serta tiada arahan dikeluarkan supaya pelajar mendiamkan diri.

Ujarnya, MRSM Bentong telah mengambil langkah segera yang sewajarnya dengan menubuhkan Jawatankuasa Bencana Covid-19 MRSM Bentong bagi menguruskan kes yang berlaku.

“Bahkan sejak dari awal kes jangkitan dikesan, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Bentong (PKD) telah terlibat secara langsung melaksanakan ujian saringan dan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kesihatan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

“Seramai 38 orang pelajar, lima pekerja dewan selera, enam staf bertugas di asrama dan seorang guru yang didapati sebagai kontak rapat kepada pelajar yang disahkan positif Covid-19 telah menjalani ujian calitan di maktab bagi mengesan Covid-19 atas nasihat PKD,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, ibu bapa dinasihatkan untuk terus menghubungi pihak pengurusan maktab jika timbul sebarang kebimbangan tentang situasi semasa anak-anak.

“Mara sentiasa mengambil berat dan peka mengenai keperluan para pelajar terutamanya dari aspek keselamatan dalam menghadapi pandemik ini,” menurut kenyataan tersebut.

Jelasnya, kebajikan pelajar yang berada di MRSM menjadi fokus utama maktab dalam menghadapi situasi ini dengan memastikan makanan sentiasa mencukupi dan para pelajar turut dibekalkan makanan tambahan.

Dalam pada itu, Mara memaklumkan pihak bomba menjalankan kerja-kerja sanitasi di asrama, bilik kuliah dan sekitar maktab.

“Sanitasi ini dilakukan setiap hari oleh pihak maktab dengan kerjasama bomba bagi menangani penularan Covid-19.

“Pengurusan MRSM sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan dengan dipantau oleh pihak berwajib dan SOP ini bukanlah ditentukan oleh pihak Mara,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI