fbpx

Kisah cinta ‘empat segi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JADE kini berkahwin dengan kekasih wanita yang ditangkap curang dengan bekas tunangnya. – TikTok/jadepurvis53

EDINBURGH, Scotland – Seorang wanita di Scotland mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam terhadap kecurangan bekas tunangnya, tujuh tahun lalu.

Jade Purvis yang berasal dari Ayrshire, Scotland berkata, dia membalas dendam tersebut dengan mengahwini teman lelaki wanita yang menjalin hubungan sulit bersama
tunangnya suatu masa dahulu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menerusi satu kemas kini dalam aplikasi sosial TikTok, Purvis memberitahu bahawa tunangnya curang dengan seorang wanita selepas mereka berkenalan di Facebook.

“Rupa-rupanya wanita itu juga curang terhadap kekasihnya apabila menjalin hubungan sulit dengan tunang saya.

“Jadi, saya dan teman lelaki­nya mengambil keputusan untuk membalas dendam atas perbuatan mereka dengan perkahwinan kami. Rasanya dalam kes ini, kami telah menang,” tulisnya.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Mereka berkenalan ketika bertemu untuk membincangkan kecurangan kekasih masing-masing.

Kisah Purvis mengundang pelbagai reaksi netizen yang beranggapan bahawa perbuatan balas dendam wanita itu tidak kena caranya.

“Sudah berkahwin tetapi masih bercerita tentang bekas tunang?” soal seorang pengguna media sosial.

“Adakah saya seorang yang merasakan satu perbuatan toksik,” kata seorang lagi.

Purvis tampil menjelaskan keputusannya dengan mengatakan mereka berempat tidak mempunyai masalah dan berhubungan baik selepas kes curang itu terbongkar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN