fbpx

Ditahan sorok gelang putih ketika ‘ambil angin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan ekoran berada di luar rumah ketika memakai gelang putih.

KOTA TINGGI – Tindakan tiga warga asing yang cuba menyorokkan gelang putih dipakai untuk berjalan-jalan tanpa alasan yang munasabah membawa padah apabila ditahan petang semalam di kawasan rumah kedai Taman Kota Jaya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 6 petang oleh pihak polis bersama anggota Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang melibatkan tiga lelaki berusia 30 hingga 40an.

“Dua lelaki warga India ditahan selepas dilihat keluar berjalan-berjalan tanpa alasan munasabah manakala seorang lelaki Bangladesh pula ditahan ketika keluar melepak diluar halaman kawasan rumah.

“Warga asing berkenaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan pendemik wabak Covid-19.

“Kesalahan yang dilakukan adalah gagal memakai gelang putih atau tag kuarantin KKM serta menutup gelang putih dengan cara memakai baju berlengan panjang dan juga menutup gelang tersebut dengan memakai jam,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)2020.

Hussin berkata, pihak majikan ketiga-tiga warga asing tersebut juga telah diambil tindakan kompaun di bawah peraturan 22(b) Akta 342 kerana gagal mengawal selia pekerja di bawah pengawasan kuarantin di rumah (HSO).

“Polis Kota Tinggi memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan dan operasi ini masih terus dijalankan terutama di tempat-tempat awam melalui pemantauan pasukan Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI