fbpx

22 bayi antara 68 penghuni positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan sedang melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas penghuni Rumah Perlindungan Baitus Solehah di Skudai, Johor Bahru, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 68 penghuni Rumah Pelindungan Baitus Solehah di Skudai di sini disahkan positif Covid-19 sejak Sabtu lalu.

Pengasas Rumah Pelindungan Baitus Solehah, Monaliza Ismail berkata, jumlah itu terdiri daripada 22 bayi bersama ibu ma­sing-masing, 10 ibu mengandung serta 14 kakitangan pusat pelin­dungan itu.

Menurutnya, tujuh bayi bersama ibu dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan selebihnya dihantar ke Hospital Permai di sini untuk menjalani kuarantin.

“Bagaimanapun punca wabak ini bermula belum diketahui dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) masih melakukan siasatan. Kami reda dengan ujian Allah menimpa anak-anak ini.

“Kami sudah sedaya upaya mematuhi prosuder operasi standard (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan Mac tahun lalu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rumah Pelindungan Baitus Solehah yang telah beroperasi sejak lapan tahun lalu merupakan pusat pelindungan kepada wanita terlanjur serta bayi mereka.

Sebelum ini, Monaliza dalam satu siaran langsung di laman Facebooknya berkata, siasatan awal pihaknya mendapati penularan wabak Covid-19 di premis berkenaan dipercayai berpunca daripada salah seorang penghuni yang mempunyai sejarah melawat hospital minggu lalu.

“Pengurus, suami pengurus, tukang masak, pemandu dan beberapa penghuni yang me­lakukan ujian calitan didapati positif.

“Maka rebahlah kami seketika, teruskan kami kuat untuk meneruskan sisa baki usia yang ada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI