fbpx

PGA rampas 1,080 botol ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ubat batuk yang dirampas oleh PGA Batalion 9 dalam sebuah lori di Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas.

PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan seorang pemandu lori yang membawa muatan sebanyak 1,080 botol ubat batuk bernilai RM16,200 di hadapan sebuah premis perniagaan di Kampung Tal Tujuh Khamis lalu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, suspek ditahan pada pukul 4 petang apabila pihaknya menerima maklumat awam berkait aktiviti pengedaran ubat batuk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, selepas berjaya menahan lori itu, sepasukan anggota PGA telah melakukan pemeriksaan di dalam lori tersebut sambil disaksikan oleh suspek yang berusia 48 tahun.

“Kita telah menjumpai kotak-kotak yang mengandungi cecair hitam dipercayai ubat batuk.

“Ubat batuk itu berkemungkinan untuk dijual kepada penagih di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI