fbpx

Cinta pandang pertama berkekalan lebih 80 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RON (kiri) dan Beryl berkahwin selama 80 tahun. – DAILYMAIL

LONDON – Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-80 pada 8 Januari lalu merupakan antara pasangan paling lama mendirikan rumah tangga di Bri­tain, lapor akhbar Daily Mail.

Pasangan tersebut ialah Ron Golightly, 100, dan isterinya, Be­ryl, 98. Kedua-duanya berkenalan ketika Ron berumur 16 tahun di bandar kelahiran mereka, Harrogate, England.

Salah seorang rakan Ron bersiul ke arah Beryl yang ketika itu berusia 14 tahun, gadis itu kemudian berpaling ke arah mereka dan terlihat Ron seterusnya jatuh cinta pada pandangan pertama.

Mereka berkahwin di Yorkshire Utara pada 1941. Ketika itu, Ron bertugas sebagai anggota tentera pada awal Perang Dunia Kedua.

“Saya tahu saat saya melihatnya (Ron), kami akan berkahwin. Saya berusia 14 tahun ketika itu manakala Ron pula 16 tahun, ia merupakan cinta pandang pertama,” kata Beryl.

Ron dan Beryl mempunyai dua orang anak iaitu Margaret dan Sue, serta enam cucu, 10 cicit dan seorang piut.

Menurut Beryl, rahsia kepada perkahwinan bahagia adalah komunikasi dan tidak membiarkan pertengkaran berlanjutan.

“Pasangan mana yang tidak pernah bergaduh tetapi kami selalu menyelesaikannya. Saya fikir ia adalah kunci.

“Kami jatuh cinta pada usia yang sangat muda dan kami masih mencintai antara satu sama lain,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI