fbpx

Degil melepak di kolam renang, tiga ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di WhatsApp memaparkan tiga lelaki sedang berkumpul di sebuah kolam renang semalam.

SEBERANG PERAI – Akibat berdegil dan tidak mengendahkan teguran pengawal keselamatan, tiga lelaki ditahan polis hari ini selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul di kawasan kolam renang sebuah kondominium di Bukit Mertajam di sini.

Ketiga-tiga mereka dikatakan melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebelum pengawal keselamatan membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, satu video mengenai kejadian itu tular di aplikasi WhatsApp hari ini dipercayai dirakam oleh pengawal keselamatan itu.

“Video itu memaparkan tiga lelaki sedang berkumpul di pekarangan kolam renang sebelum didatangi pengawal keselamatan yang meminta mereka beredar.

“Namun, salah seorang daripadanya enggan beredar dan menyuruh pengawal keselamatan melaporkan perkara itu kepada polis selain memberi alamat rumah untuk mencarinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang pengawal keselamatan sebelum tangkapan ke atas tiga lelaki bujang berusia 20, 22 dan 41 tahun dibuat di rumah berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.

“Siasatan mendapati mereka pergi ke kolam renang di tingkat tujuh dan melakukan kesalahan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan berkumpul di tempat awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI