fbpx

IPG dan RRIMniaga bantu ringan beban pekebun kecil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menjangkakan Program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan penggunaan aplikasi RRIMniaga dapat meringankan beban 450,000 pekebun kecil getah di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd. Khairudin Aman Razali berkata, kedua-dua inisiatif itu juga dapat membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah sekali gus memastikan aktiviti pengeluaran produk komoditi itu diteruskan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM300 juta bagi IPG pada tahun ini iaitu pertambahan sebanyak 100 peratus berbanding peruntukan pada tahun lalu iaitu RM150 juta.

“Dengan bantuan IPG ini, anggaran pendapatan pekebun kecil diunjur meningkat sebanyak 25 peratus daripada RM933 kepada RM1,167 sebulan.

“Ini berdasarkan kepada purata pemilikan kebun seluas dua hektar dan harga getah cuplump di ladang sebanyak RM2 sekilogram,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Khairudin berkata, sepanjang tahun lalu, sebanyak 30.16 peratus daripada keseluruhan pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) telah menuntut IPG.

Beliau berkata, peratusan pekebun yang aktif mengemukakan tuntutan adalah seramai 135,632 dari keseluruhan 495,296 pemegang kad PAT-G dengan meliputi kebun getah seluas 294,095.79 hektar.

Katanya, peratusan menuntut IPG dijangka akan meningkat pada tahun ini dengan penggunaan aplikasi RRIMniaga oleh peraih dan pembeli getah yang telah diwajibkan mulai 1 Januari lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI