fbpx

Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual dan dilarang penjualannya di seluruh negara.

Produk-produk kosmetik berkenaan adalah Beauty Sleep Treatment Cream yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin; Beauty Sleep Nite Cream (merkuri); Lana Radiance Night Cream (hidrokuinon); Oxy Cream By Viprolabs (clotrimazole) dan Zuya Skincare Night Treatment A Cream (merkuri).

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datin Dr. Faridah Aryani Md. Yusof berkata, produk yang mengandungi clotrimazole, hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan  Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI