fbpx

MCMC selesaikan masalah capaian internet di lapan lokasi di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pihaknya sudah mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu capaian internet di beberapa buah negeri.

Menerusi satu kenyataan akhbar hari ini, MCMC berkata, pihaknya sudah turun padang di lapan lokasi di empat negeri dan isu capaian itu sudah diberi perhatian serius serta disusuli tindakan.

Menurutnya, lapan lokasi berkenaan termasuk tiga lokasi di Kelantan iaitu Kampung Banggol Pak Esah (Pasir Puteh), Kampung Siram, Kedai Tanjong (Pasir Mas) dan Kampung Aring 5 (Gua Musang).

“Selain itu, dua lokasi di Sabah iaitu Kampung Labi (Beaufort) dan Kampung Panikuan (Kudat serta Kampung Waluhu (Ranau).

“Lokasi lain adalah Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat di Johor dan Pulau Aman di Pulau Pinang,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI