fbpx

Harga RON95, RON97 kekal, diesel turun 2 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM1.90 seliter, manakala harga petrol RON97 kekal paras RM2.20 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 5 Februari depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit diesel pula turun dua sen kepada RM2.07 seliter berbanding RM2.09 seliter sebelum ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI