fbpx

Lelaki jilat mesin ATM untuk buktikan Covid-19 tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video menunjukkan seorang lelaki menjilat papan kekunci mesin ATM di Sheffield, England. – Manchester Evening News

LONDON – Seorang lelaki bertindak melampaui batas apabila dia menjilat papan kekunci sebuah Mesin Teler Automatik (ATM) baru-baru ini.

Lelaki itu turut menjerit bahawa Covid-19 adalah palsu. Dia dipercayai salah seorang daripa­da golongan yang tidak mempercayai kewujudan koronavirus, la­por akhbar The Sun kelmarin.

Polis Yorkshire Selatan masih menjalankan siasatan bagi me­ngesan lelaki itu. Suspek memuat naik rakaman video dia menjilat papan kekunci ATM di Sheffield itu di laman Facebook.

“Kami boleh mengesahkan bahawa kandungan video tersebut telah dilaporkan kepada polis dan siasatan sedang dilakukan,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

 

 

Lelaki itu dipercayai berjalan menggunakan tongkat.
– Manchester Evening News

 

Menerusi paparan video yang tular itu, suspek memberitahu bahawa dia keluar setiap hari sejak perintah berkurung koronavirus dilaksanakan, namun, tidak mendapat jangkitan Covid-19.

“Sekiranya anda tidak percaya, saya perlu membuktikan kepada anda semua bahawa anda telah dibohongi oleh pemerintah yang mencuri.

“Koronavirus mengarut,” jerit­nya selepas menjilat papan ke­kunci mesin ATM.

Covid-19 adalah virus yang tersebar melalui udara dan cecair badan yang bermaksud sesiapa yang menyentuh mesin ATM dijilat lelaki itu berisiko mendapat jangkitan jika dia mempunyai koronavirus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI