fbpx
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan melakukan pemeriksaan di sebuah premis menjual kelengkapan elektronik dan komunikasi di Kota Bharu. -Foto IHSAN KPDNHEP

Peniaga tidak boleh naikkan harga gajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Kelantan mengingatkan agar peniaga produk gajet elektronik di negeri ini supaya tidak menaikkan harga barangan tersebut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan bagi mendapatkan justifikasi sekiranya berlaku kenaikan harga di pasaran.

Katanya, susulan daripada itu, pihaknya sudah mengeluarkan enam notis berkaitan bagi mendapatkan maklumat harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Notis itu melibatkan lima barangan komunikasi yang merangkumi komputer, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit.

“Oleh itu, kita mengingatkan peniaga peranti elektronik supaya tidak mengaut keuntungan menjual barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE