fbpx

Buruh mengaku curi wang Tabung Haji mangsa ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamd Nadzir (kanan) mengaku bersalah atas 19 pertuduhan memindahkan wang Tabung Haji berjumlah RM79,200 milik mangsa ragut melalui perbankan internet kepada tiga akaun rakannya pada tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan memindahkan wang Tabung Haji berjumlah RM79,200 milik mangsa ragut melalui perbankan internet kepada tiga akaun rakannya pada tahun lalu.

Tertuduh, Wan Mohamd Nadzir Wan Zahari, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan capaian tanpa kuasa untuk melakukan kesalahan curi dengan menggunakan perbankan internet dengan memindahkan wang Tabung Haji berjumlah RM79,200 daripada akaun Nek Hasnah Awang @ Mohamed Ali Rahim, 57.

Wang tersebut dipindahkan kepada tiga akaun Tabung Haji berbeza milik Muhammad Hafiq Zulkifli, 27, Nur Afiqah Mohd. Shah Waliallah, 28 dan Faezah Ibrahim, 22.

Kesalahan itu dilakukan oleh Wan Mohamd Nadzir di Bank Tabung Haji, Pasir Puteh melalui 19 transaksi itu bermula 11 September hingga 6 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 1 Februari ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI