fbpx

Duduk rumah tonton televisyen – Duterte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melaksanakan semula larangan keluar rumah terhadap kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun, sebaliknya memberitahu mereka supaya duduk dan menonton televisyen.

Arahan duduk di rumah melibatkan kanak-kanak dan warga emas dikuatkuasakan hampir di seluruh Filipina sejak pandemik bermula walaupun selepas kerajaan membuka semula sektor ekonomi.

“Pulang ke rumah masing-masing. Kamu (kanak-kanak) boleh menonton televisyen sepanjang hari,” kata Duterte.

Walaupun ramai ibu bapa melanggar peraturan itu dengan membenarkan anak mereka bermain di taman atau tepi jalan, peraturan tersebut menghalang seisi keluarga daripada mengunjungi pusat beli-belah yang menjadi tempat kunjungan komuniti dan pusat perbelanjaan pengguna. Sekolah-sekolah juga ditutup.

Sekatan pergerakan berpanjangan itu menjejaskan keupayaan Filipina  untuk pulih daripada kemelesetan pertamanya dalam tempoh tiga dekad.

Duterte berkata, beliau tidak mahu kanak-kanak dijangkiti varian Covid-19 dari Britain yang lebih cepat berjangkit dan lebih berbahaya. Varian tersebut telah menjangkiti 17 orang di Filipina setakat ini termasuk tiga kanak-kanak.

“Saya bimbang kerana varian baharu ini menjangkiti kanak-kanak,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI