fbpx

Berhenti gelar artis Malaysia ‘sampah’ – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nadia mahu orang ramai berhenti mem-perlekehkan kualiti pelakon Malaysia.

PETALING JAYA – Pelakon Nadia Brian meminta orang ramai agar berhenti melabelkan artis Malaysia khususnya para pelakon dengan gelaran ‘sampah’ hanya kerana tidak pernah melebarkan sayap lakonan ke peringkat ke lebih tinggi.

Perkara tersebut dicetuskan Nadia susulan daripada sebuah laporan berita yang menyatakan dia menolak tawaran melakonkan watak utama dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood kerana memerlukannya berbogel dan melakukan babak ranjang.

Rentetan daripada pendedahan tersebut, pelakon drama Titian Takdir itu mahu semua pihak membuang stigma pelakon di Malaysia kononnya tidak berkaliber kerana tidak mendapat tawaran berlakon dengan produksi antarabangsa.

Malah, dia juga meluahkan rasa kurang senang apabila masih ada segelintir individu yang sering memperlekehkan kualiti pelakon tempatan.

Perkara tersebut diluahkan Nadia dalam satu perkongsian InstaStorynya.

“Semudah ini. Sebab itu saya marah kalau orang cakap pelakon di Malaysia hanya sampai situ sahaja.

“Hello, ada juga pelakon Malaysia dapat tawaran daripada Hollywood tetapi kami tak boleh buat atas sebab-sebab (adegan panas) macam itu la,” tulisnya dalam InstaStory sebentar tadi.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah membintangi filem Ratu Kala Jengking itu tidak menyalahkan produksi Hollywood kerana babak panas merupakan satu kebiasaan di sana.

“Tidak mengapa, saya faham sebab itulah pasaran filem dan drama di Hollywood . Bercium dan berbogel itu semua normal di sana malah dalam Netflix juga ada semua babak sebegitu.

“Saya percaya dengan rezeki Allah SWT. Jadi, mulai sekarang sudah boleh berhenti gelar artis Malaysia dengan gelaran ‘sampah’ atau ‘artis Malaysia tidak ke mana’,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi sebuah laporan akhbar pada 24 Januari lalu, Nadia mendedahkan dia menolak tawaran berlakon dalam sebuah drama Hollywood yang sepatutnya memulakan pengambaran pada bulan ini kerana perlu melakukan aksi keterlaluan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI