fbpx

Rodgers calon ganti Lampard di Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODGERS berjaya mengemudi Leicester untuk berada di kedudukan yang baik ketika ini menyebabkan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

LONDON – Chelsea mungkin akan membuat keputusan untuk melantik Pengurus Leicester, Brendan Rodgers jika terpaksa memecat Frank Lampard yang gagal meningkatkan prestasi pa­sukan itu.

Rodgers dilaporkan sangat teruja dengan perkembangan tersebut tetapi hanya akan membuat keputusan mengenai masa depannya pada musim panas nanti.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich merupakan peminat Lampard tetapi terpaksa memecatnya jika pasukan itu terus gagal mempamerkan aksi terbaik.

Lima kekalahan daripada lapan perlawanan termasuk tewas 0-2 kepada Leicester sebelum ini menyebabkan Abramovic mungkin terpaksa mengetepikan sentimennya terhadap Lampard.

Selepas mengeluarkan per­belanjaan sebanyak £200 juta (RM1.1 bilion) pada musim panas lalu untuk mendapatkan pe­main baharu, ahli lembaga pe­ngarah kelab itu dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan ketika Chelsea berdepan kemungkinan terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun, Lampard me­ngakui tekanan itu tidak membuatkannya hilang fokus terhadap matlamat utama untuk menjadikan Chelsea sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan.

“Saya adalah pengurus dan peminat Chelsea. Semua orang berminat untuk bercakap me­ngenai peluang yang dimiliki oleh pasukan ini.

“Kami terpaksa mengharungi detik sukar ini dan saya masih tidak ada masalah untuk me­nyarung jersi pasukan Chelsea dengan penuh rasa bangga.

“Saya mahu meraih kejayaan dengan pasukan ini. Apabila kami melalui perlawanan tanpa menang, saya akan mencari jawapan dan jalan penyelesaiannya. Saya akan terus berjuang.

“Saya mengharapkan sesuatu daripada pe­main di atas padang. Tekanan ini bukanlah suatu yang teruk kerana ia memberikan kami perspektif yang lebih baik untuk aksi selepas ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI