fbpx

Bali usir bintang media sosial Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang bintang media sosial Rusia yang mempunyai berjuta-juta pengikut diusir dari Bali kerana mengadakan parti sekali gus melanggar  sekatan koronavirus, kata pihak berkuasa hari ini.

Pengusiran Sergey Kosenko dibuat beberapa hari selepas pihak berkuasa Bali menghalau pasangan lesbian Amerika Syarikat selepas kedua-dua wanita itu menggelar pulau percutian Bali sebagai ‘ramah pelik’ dan menggalakkan orang asing datang serta tinggal di sana semasa pandemik.

Kosenko, 33, diarah menaiki pesawat menuju ke Moscow semalam dan dilarang daripada datang ke Bali selama sekurang-kurangnya enam bulan.

“Kami mengambil tindakan terhadap Kosenko dalam bentuk pengusiran,” kata pegawai kehakiman Bali, Jamaruli Manihuruk.

Kosenko yang mempunyai lima juta pengikut di Instagram menjadi tajuk utama akhbar-akhbar pada Disember lalu selepas  menyiarkan  video dirinya dan seorang wanita berbikini  menunggang motosikal ke dalam laut dari sebuah jeti.

Pegawai-pegawai imigresen menahannya selepas Kosenko menyiarkan sebuah lagi klip video memaparkan dia mengadakan parti di sebuah hotel tempatan sekali gus melanggar undang-undang melarang perhimpunan semasa krisis Covid-19.

Lebih 50 orang hadir pada parti tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI