fbpx

Polis Kelantan tempatkan anggota, MPV di luar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) bersama Un (baju putih) selepas Program First Day At School di hadalan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu hari ini

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan akan menempatkan anggota polis dan kereta unit peronda (MPV) di luar kawasan 175 buah sekolah di seluruh negeri ini sebagai langkah untuk memastikan pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sepanjang pemantauan tersebut, polis akan memastikan semua pelajar mematuhi SOP ketika keluar dari pekarangan sekolah.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelajar yang didapati tidak mematuhi SOP ketika pulang dari sekolah.

“Berdasarkan pemerhatian, ada pelajar yang terus menanggalkan pelitup muka tanpa menghiraukan SOP yang ditetapkan sebaik sahaja keluar dari sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan sempena Program First Day At School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dan Pengetua SMK Pengkalan Chepa 1, Un Mat.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, anggota polis dan MPV akan berada 10 minit sebelum tamat persekolahan juga akan memastikan pelajar tidak berkumpul di kawasan luar sekolah.

“Saya berharap semua guru dapat memastikan pelajar tingkatan lima dan enam patuh kepada SOP ketika waktu sekolah.

“Sekiranya masih ingkar, kita akan mengeluarkan kompaun kepada pelajar sekiranya mereka tidak mengendahkan nasihat dan arahan pihak berkuasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI